Rezeki anak  

Posted by nadine

Memang sukar untuk diperkatakan tentang perkara tersebut kerana ia memang janji daripada Dia. Walaupun kite sedang atau telah merancang aturan hidup kite tetapi apa yang boleh dan mampu kite katakan apabila 'orang baru' akan hadir tidak lama lagi...

Dilemma sungguh bile memikirkan kompeni kite yang berada dalam saat-saat genting, financial famili yang tidak nampak kukuh dan stabilnye, dengan keadaan sekeliling yang menampakkan serba kekurangan...akan tetapi, zahirnye anak ini telah terbentuk hasil kasih sayang sang suami kepada sang isteri...sudah pasti anak ini menjadi tanggungjawab suami isteri bersama...dan mestila sang suami mempunyai perancangan yang tersendiri....

Nape perlu risau?? Ini semua kan qada dan qadar. Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Alhamdulillah, atas doa dan berkat kesabaran kami... tuhan limpahkan rezeki pada suami aku. Mungkin tuhan selalu mendengar rintihan seorang isteri setiap kali doa di minta utk dimurahkan rezeki utk suami yang tercinta.... dan juga... org tua2 kata, atas berkat rezeki anak yang bakal di kandung itu... telah membuka pintu rezeki pada suamiku. Rasa gembira bersyukur tak terhingga...Terima kasih pada anak-anak kami kerana memberi limpahan rezeki pada ayahnya agar dpt menampung kehidupan kami sekeluarga.

Pesan orang tua-tua, jikalau dpt rezeki melimpah ruah dr rezeki anak.. hendak la segala duit hasil rezeki murah dr anak itu... harus la di belanjakan utk anak itu.. Jangan di simpan2 jika harus membeli brg2 utk anak itu... Maksudnya, jgn bile nk beli brg anak tu, tetiba mcm eh takyah la beli... simpan la dulu... beli kemudian la.. dan duit itu di buat belanja lain.so, janganla berkira-kira sangat nak belikan untuk anak-anak....

Kite mestila anggap bahawa sebenarnye pintu rezeki sedang terbuka luas bile dikurniakan 'orang baru' dalam hidup kite...Pandangan 'hidup akan jadi lagi susah, perit, penat bila anak ramai' sebenarnye hendakla dibuang jauh-jauh...Memangla payah nak terima bile kite sendiri sedang merasa kesusahan tu...tapi kesusahan itula yang akan dibayar jika kite melaksanakan tanggungjawab dan amanah yakni 'anak' yang diberi oleh Tuhan.....

This entry was posted on 1:09 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments